MAJLIS PENYERAHAN KUNCI MAHKAMAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH (BUKIT MERTAJAM)

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan menyaksikan Majlis Penyerahan Kunci Mahkamah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Tuan Ir. Roslan bin Ismail kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Tuan Abdullah Abdul Karim bin Wahab.

YAA Dato’ Dr. yang kebetulan berada di utara selama dua hari untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kehakiman Syariah Negeri Perak telah hadir secara mengejut bagi menyaksikan sendiri majlis bersejarah tersebut yang diadakan di ruang lobi bangunan.

Usai majlis penyerahan, YAA Dato’ Dr. dan para jemputan dibawa melawat ke seluruh bangunan tersebut bagi melihat struktur dan rekabentuk bangunan.

Pengoperasian bangunan mahkamah tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh warga kerja JKSN Pulau Pinang bagi memudahkan urusan pengendalian kes susulan pertambahan kes di sana.

Untuk rekod, bangunan mahkamah syariah tersebut merupakan bangunan tiga (3) tingkat di atas sebahagian lot 2198, Mukim 10, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang manakala kontraktor yang dilantik adalah Syarikat Dimensi Utama Construction Sdn Bhd.

Diharapkan dengan beroperasinya mahkamah syariah ini dapat meningkatkan lagi produktiviti warga kerja JKSN Pulau Pinang dalam usaha mengangkat martabat mahkamah syariah ke peringkat yang lebih tinggi.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022