MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PERUNDANGAN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN (KONVEP 6)

28 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Konvensyen Perundangan Jenayah Syariah 2022 (KONVEP 6) bertempat di Hotel Royal Chulan, Seremban, Negeri Sembilan.

Konvensyen anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan tema “Perintah Kehadiran Wajib (PKW): Evolusi Hukuman Dalam Perundangan Jenayah Syariah”.

Untuk rekod, program yang bermula jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Prof. Emiritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majir dengan tajuk “Konsep dan Matlamat Hukuman Dalam Islam”.

Konvensyen kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja kedua oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM dengan tajuk “Tatacara Pengeluaran dan Pengendalian Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Oleh Mahkamah Syariah” sebelum diakhiri dengan pembentang kertas kerja ketiga oleh Tuan Abdul Kadir Jailani bin Ismail dari Jabatan Penjara Malaysia dengan tajuk “Pelaksanaan Hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Peserta konvensyen hari ini terdiri daripada pegawai dari Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan dan Pensyarah dari UKM serta USIM.

Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah YAA KHS Negeri Sembilan, KHS Johor, KHS Kelantan, Mufti Negeri Sembilan dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri.

Last Updated on Julai 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023