MAJLIS PERASMIAN KURSUS INQUISITORIAL, SEMAKAN DAN RAYUAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022

SELASA, 21 Jun 2022 | Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Inquisitorial, Semakan dan Rayuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia tahun 2022 bermula pada 21 hingga 24 Jun 2022 bertempat di Cathayana Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur yang telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ YAA Ketua Hakim Syarie JKSM dan turut dihadiri oleh YAA Dato Sri Abdul Rahman bin Md. Yunus (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang).

Penganjuran program ini adalah usaha JKSM untuk menyelaras dan memperkasakan SOP berkenaan dengan prosiding inquisitorial di Mahkamah Tinggi Syariah, membincangkan secara khusus berkaitan dengan prosiding semakan dan rayuan kes yang sering berlaku di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah serta memperkasakan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 40 orang YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia yang begitu komitmen dan teruja mencari solusi buat ummah di lapangan dan memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah.

Untuk rekod, kursus ini telah dijayakan oleh Penceramah Tuan Awang Armadajaya bin Pengiran Mahmud, mantan Pesuruhjaya Kehakiman Johor Bharu dan Muar, Peguam Kanan Persekutuan dan Timbalan Pendakwaraya yang berpengalaman lebih dari 28 tahun dalam perundangan dan kehakiman.

Kursus ini juga diperkasakan dengan bantuan barisan fasilitator yang diketuai oleh YAA Datuk Nadzri bin Abdul Rahman (Ketua Hakim Syarie Melaka), Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Tuan Zakian Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM) dan YA Tuan Shamsudin bin Hussin (Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah (Mahkamah Khas Hadhonah) Wilayah Persekutuan.

Kursus Inquisitorial, Semakan dan Rayuan kepada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang diadakan selama 4 hari 3 malam ini adalah program yang mengabungkan pengisian berkaitan Inquisitorial, Semakan dan Rayuan kes serta Penulisan Alasan Penghakiman Berkesan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mengendalikan kes secara inquisitorial, teknik dan kemahiran kepada semua peruntukan Perlembagaan, Akta Kanak-Kanak, Undang-Undang Tatacara Mal, Undang-Undang Keluarga dan Keterangan Mahkamah Syariah sehingga kepada prosiding kes peringkat semakan dan rayuan di mahkamah yang lebih tinggi.

Selain itu, kemahiran Hakim membuat ulasan dalam penghakiman serta mengenalpasti isu-isu utama yang berbangkit dalam setiap penghakiman perlu sentiasa diperkasakan.

Last Updated on June 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024