MAJLIS PERASMIAN KURSUS PEMBINAAN MUNSYI MUDA BAHASA (SIRI KHAS) JKSM

24 Mei 2022: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM hari ini telah berkesempatan merasmikan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa (Siri Khas) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Kursus selama 5 hari yang bermula pada 23 Mei 2022 hingga 27 Mei 2022 ini dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) dan Bahagian Latihan (BL) JKSM dengan kerjasama Intitut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Penceramah kursus yang dijemput adalah Tuan Abd Karim bin A. Bakar yang merupakan mantan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu, DBP.

Terdahulu, YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan perasmiannya menzahirkan penghargaan kepada pihak urus setia iaitu BPSMP dan BL yang telah berusaha keras memastikan kursus ini berjaya dilaksanakan selain merakamkan penghargaan kepada kepada pihak INTAN dan DBP yang sudi untuk mengadakan kerjasama bersama dengan JKSM dalam menganjurkan kursus ini.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., penganjuran kursus ini bertujuan bagi memantapkan pemahaman peserta khususnya dari aspek tatabahasa Bahasa Melayu, penggunaan kata yang betul dan juga penggunaan gaya bahasa yang tepat yang dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penulisan dan bahan-bahan penerbitan di JKSM mahupun di JKSN dan MSN.

Seterusnya, beliau mengucapkan tahniah kepada 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada JKSM, JKSN dan MSN atas komitmen yang tinggi dalam mengikuti kursus yang dianjurkan dan mendoakan agar laluan mereka untuk bergelar Munsyi Muda Bahasa dipermudahkan Allah.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan agar penganjuran kursus ini mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu memberi pendedahan kepada para peserta mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang baik, betul dan dan santun disamping dapat membina Pegawai-pegawai Syariah untuk dilantik dan ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa di JKSM/JKSN/MSN.

Selain itu, objektif kursus ini juga bertujuan bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan alasan penghakiman dan artikel oleh Pegawai-pegawai Syariah dan melahirkan pegawai-pegawai yang berkompeten dalam melakukan semakan pruf Jurnal Hukum dan bahan-bahan terbitan jabatan.

Untuk rekod, pelantikan dan pentauliahan sebagai Munsyi Muda Bahasa hanya akan dilaksanakan kepada peserta-peserta kursus yang berjaya menghadiri kursus selama 5 hari bermula pada 23 Mei 2022 sehingga 27 Mei 2022 dan lulus dalam ujian Kefahaman Bahasa Melayu dan seterusnya berjaya menghadiri Kursus Pemantapan yang akan dianjurkan oleh pihak INTAN yang dijadualkan pada bulan September 2022.

Sijil Pentauliahan sebagai Munsyi Muda Bahasa akan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah DBP.

Last Updated on Mei 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022(1 event) Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022(1 event) Ogos 10, 2022(1 event) Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022(2 events) Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022(1 event) Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022(1 event) Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022(2 events) Ogos 23, 2022(2 events) Ogos 24, 2022(1 event) Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022(1 event) Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022(1 event) Ogos 30, 2022(1 event) Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022