MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BULAN APRIL TAHUN 2022 DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH (APEC)

8 April 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini berkesempatan untuk menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bulan April Tahun 2022 Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh (APeC) yang telah dilaksanakan secara Hybrid di Dewan Serbaguna Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YA Dato’/Datuk Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Kehakiman) dan Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Unit dan para pegawai JKSM.

Pada amanat tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah mengimbau kembali program-program yang telah dilaksanakan oleh JKSM sehingga April 2022. YAA Dato’ Setia Dr. mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjalankan amanah dengan melaksanakan program-program tersebut. Semoga lebih banyak program akan dilaksanakan pada masa akan datang.

YAA Dato’ Setia Dr. menyeru kepada semua warga JKSM untuk terus memberikan komitmen kerja yang terbaik dan menunjukkan elemen inovasi dan produktiviti ke arah mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan secara berterusan dan beliau juga mengharapkan pembudayaan kecemerlangan di kalangan warga JKSM dapat terus dipertingkatkan bagi memacu perjalanan dan mendepani cabaran yang lebih besar yang menanti di hadapan.

Selain itu, YAA Dato’ Setia juga mengajak semua warga JKSM untuk memperkukuhkan ukhuwah, memantapkan ekosistem kerja yang produktif, membudayakan inovasi, dan terus berdoa agar kita diberikan kekuatan dan keupayaan serta dapat menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dalam mempertingkatkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Pada sesi penyampaian penerima APeC kali ini, seramai 12 penerima dari Bulan Mac sehingga Disember 2021 yang telah terpilih menerima Anugerah Pekerja Contoh. Mereka yang terpilih ini menerima Sijil Penghargaan dan Trofi daripada pihak JKSM.

Untuk rekod, APeC adalah salah satu bentuk pengiktirafan Jabatan kepada pegawai-pegawai yang menunjukkan kualiti peribadi yang baik dan komitmen terhadap kerja berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Program APeC melibatkan semua pegawai di JKSM dan pegawai-pegawai BPKR, BSK dan BTMK di Negeri-negeri serta dibahagikan kepada dua (2) kategori pencalonan iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Diharapkan kecemerlangan ini akan berterusan dan bakal memberi impak positif kepada visi dan misi Jabatan. Semoga dengan penganugerahan seumpama ini akan mencetuskan inspirasi kepada rakan-rakan sekerja yang lain, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang agar kualiti penyampaian perkhidmatan JKSM dapat dipertingkatkan.

Berita | Foto: UKK JKSM

Last Updated on April 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022