MAJLIS PERHIMPUNAN DWIBULANAN AGENSI DAN PENYAMPAIAN AMANAT YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

25 Januari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan hadir ke Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi dan Penyampaian Amanat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa II, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seramai 10 orang pegawai JKSM turut hadir bersama YAA Dato’ Setia Dr. yang terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-Ketua Unit JKSM.

Perhimpunan yang diurusetiakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini bermula tepat jam 2.00 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar selaku Pengerusi MAIWP.

Majlis kemudian diteruskan dengan amanat oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menekankan kepada kematangan fikiran dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan selain sentiasa menyantuni keluarga Malaysia berdasarkan fungsi agensi/jabatan masing-masing tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyerahan replika cek bantuan kepada Guru KAFA berjumlah RM11.5juta dan bantuan Buku Teks KAFA berjumlah RM1.8juta.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan Pelancaran Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan 2022 dan penyerahan borang wakaf secara potongan gaji kepada Ketua-Ketua Agensi.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022