MAJLIS PERJUMPAAN YAA KETUA HAKIM NEGARA BERSAMA WARGA ISTANA KEHAKIMAN

13 Mei 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah dijemput sebagai tetamu khas di dalam Majlis Perjumpaan Ketua Hakim Negara Bersama Warga Istana Kehakiman.

Majlis yang bermula jam 2.45 petang ini diadakan di lobi Aras 1, Istana Kehakiman dengan turut dihadiri oleh YAA Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, YAA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sivil.

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan lawatan YAA-YAA yang diketuai oleh YAA Tun Tengku Maimum binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara ke gerai-gerai makanan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh warga kerja Istana Kehakiman dan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan gerai tercantik.

Last Updated on May 13, 2022

Kalendar JKSM

August 9, 2022

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur