MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JPM (HEA)

24 Mei 2022 | Satu Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Tahun 2022 telah diadakan hari ini bertempat di Sahn A & Sahn B, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi ini dihadiri oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM) dan Ketua-ketua agensi di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis hari ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada YB Menteri yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja agensi yang bertukus lumus menjayakan majlis sambutan pada hari ini.

Majlis turut diserikan dengan lawatan ke gerai-gerai agensi dan penyerahan hadiah kepada gerai terbaik dan Alhamdulillah, gerai JKSM terpilih sebagai gerai terbaik dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Last Updated on Mei 24, 2022

Kalendar JKSM

Ogos 16, 2022