MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JKSM TAHUN 2022

17 Mei 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM serta Puspanita Cawangan Kecil JKSM hari ini telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 bertempat di Kafeteria Aras 1 JKSM.

Sambutan pada kali ini amat bermakna setelah dua (2) tahun sambutan seumpama ini tidak dapat dilaksanakan akibat pendamik Covid-19 tambahan pula dengan kehadiran YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tambah istimewa, majlis hari ini turut disertai oleh TYT Kesatuan Kedutaan Eropah dan Kedutaan Negara Timur Tengah serta Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri-negeri dan antara duta Eropah yang hadir ialah daripada negara Belgium, Romania, Hungary, Italy, Croatia, Finland, France, Poland dan Germany manakala tetamu daripada Kedutaan Negara Timur Tengah melibatkan negara Sudan, Jordan, Palestin, Mesir dan Algeria.

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dalam ucapan aluannya telah merakamkan ucapan penghargaan atas kehadiran YB Senator Datuk Haji Idris Bin Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan delegasi daripada Kedutaan negara Eropah dan negara Timur Tengah ke majlis hari ini.

Beliau turut mengharapkan semoga hubungan baik ini akan merintis kepada pelbagai bentuk kolaborasi dan jaringan strategik serta memberi manfaat kepada JKSM mahupun negara-negara yang terbabit.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Ahmad yang menzahirkan rasa gembira dan bangga atas inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak JKSM dengan mengadakan hubungan baik dengan kedutaan Eropah dan Timur Tengah ini.

Beliau percaya bahawa hubungan yang baik ini akan merintis kepada pelbagai bentuk kerjasama dan perkongsian yang baik untuk Malaysia mahupun negara yang terlibat.

Selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama, beliau amat mengalu-alukan kerjasama dan perkongsian bagi menjamin sistem institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah menjadi yang terunggul.

Tambah beliau lagi, majlis sebegini bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dengan negara-negara lain di dunia malah dapat menzahirkan budaya masyarakat Islam yang mesra dan bertoleransi meskipun bersama dengan pelbagai agama dan budaya.

Majlis hari ini turut diserikan dengan sesi lawatan para tetamu khas ke gerai-gerai makanan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang gerai tercantik serta pemenang video raya terbaik

Last Updated on May 17, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024