MAJLIS TAKLIMAT SOP HUKUMAN SEBATAN LUAR PENJARA & GARIS PANDUAN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) BAGI PESALAH SYARIAH ZON TENGAH

21 Februari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah mengadakan Majlis Taklimat SOP Hukuman Sebatan Luar Penjara & Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi Pesalah Syariah Zon Tengah bertempat di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran para peserta dan tetamu jemputan serta merakamkan penghargaan khusus kepada Ketua Hakim Syarie Selangor atas kesudian menjadi penganjur bersama di dalam majlis hari ini

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., majlis taklimat ini adalah siri pertama yang dirancang oleh JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri dan didukung bersama oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Taklimat ini bertujuan memastikan wujudnya koordinasi dan kerjasama padu antara Mahkamah Syariah di Negeri dan Daerah dengan Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat Parol Daerah selain medan bagi bertukar-tukar pandangan dan mengenali antara satu sama lain bagi memudahkan urusan pelaksanaan kedua-dua SOP dan Garis Panduan tersebut selepas ini.

Tambah YAA Dato’ Setia Dr., program selama sehari ini diisi dengan taklimat daripada Pegawai Kanan JKSM, Pegawai Kanan Penjara dan Majistret negeri Melaka yang mana pegawai-pegawai ini terlibat secara langsung di dalam jawatankuasa penggubalan kedua-dua buku serta terlibat di dalam melaksanakan SOP Sebatan dan PKW.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kepada YAA Dato KHS Selangor, YAA Tuan KHS MSWP, ketua-ketua jabatan termasuklah Pengarah penjara negeri yang sudi memberikan kebenaran kepada para pegawai berkenaan untuk menghadiri majlis taklimat hari ini.

Untuk rekod, JKSM telah merancang sebanyak 6 siri majlis taklimat dan siri kedua selepas ini adalah Zon Utara di mana Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang yang akan menjadi tuan rumah, Zon Sabah di Kota Kinabalu, Zon Selatan (tuan rumah Negeri Sembilan), Zon Timur (tuan rumah Terengganu) dan berakhir di Zon Sarawak.

Majlis taklimat hari ini turut dihadiri oleh YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir (Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan),Ybhg. Dato’ Mohd. Sakeri bin Haji Dollah(Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Hakim-hakim Mahkamah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendakwa Syarie dan pegawai kanan Jakess dan MSWP.

Last Updated on February 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022