MESYUARAT CADANGAN PENGINTEGRASIAN PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) JKSM BERSAMA SISTEM PERAKAUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

15 Julai 2022 | Ybrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM hari ini telah mengetuai delegasi JKSM berkunjung ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bagi membincangkan cadangan pengintegrasian Sistem e-Syariah Versi 3 dengan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Mesyuarat yang diadakan di tingkat 16 Menara MAINS ini dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi MAINS.

Ybrs. Tuan Ketua Pendaftar dalam ucapan balas berkesempatan menerangkan secara ringkas tentang sejarah pembangunan Sistem e-Syariah versi 1 yang beroperasi sepenuhnya pada September 2005 dimana pembangunan sistem tersebut bertujuan memudahkan pengurusan pendaftaran kes di Mahkamah Syariah terutama bagi memastikan proses kerja yang lebih selaras, bersepadu dan sistematik selain mengurangkan masa orang ramai berurusan di kaunter Mahkamah Syariah.

Menurut Tuan Ketua Pendaftar lagi, pada tahun 2011, Sistem E-Syariah Versi 1 telah dipertingkatkan kepada Sistem E-Syariah Versi 2 di mana pembaharuan dilaksanakan dari segi rupa, ciri, fungsi dan infrastruktur server dan client baru. Selain Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS), penambahbaikan juga meliputi semua sub sistem yang mempunyai pautan dan hubungan dengan E-Syariah seperti Portal E-Syariah, Sistem Pendaftaran Peguam Syarie dan Sistem Link.

Setelah hampir 12 tahun Sistem e-Syariah Versi 2 digunakan, kini pihak JKSM sedang dalam fasa pembangunan Sistem e-Syariah Versi 3 pada Julai 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2023. Terdapat 16 fungsi sistem yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini merangkumi peningkatan 9 fungsi sistem sedia ada dan 7 fungsi baharu termasuklah peningkatan bagi modul kewangan terutama pembayaran secara online

Selain itu, antara komponen yang diberi penekanan di dalam fasa ini adalah integrasi sistem e-syariah dengan sistem yang digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pasukan projek e-Syariah sedang berusaha untuk menjalankan proses integrasi bersama Sistem Kewangan Kerajaan iaitu iSPEKS dan iGFMAS selain sistem yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Justeru, kehadiran pihak JKSM pada hari ini bagi membincangkan tentang cadangan pengintegrasian sistem e-Syariah dengan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu MAINS yang memfokuskan tentang penghantaran data-data melibatkan transaksi kewangan di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan melibatkan pendaftaran kes. Pengintegrasian ini adalah bagi memudahkan perkongsian data di samping menyediakan akses maklumat secara dalam talian dan real-time.

Alhamdulillah, pertemuan hari ini membuahkan hasil yang positif di mana pihak MAINS telah bersetuju dengan cadangan pengintegrasian antara kedua-dua sistem dan pihak MAINS turut mencadangkan pelbagai kerjasama lain yang boleh dijalinkan antara MAINS dengan JKSM pada masa akan datang.

Turut hadir di dalam sesi hari ini adalah Encik Zainal bin Said (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), YBhg Dato’ Nor Azmi bin Haji Musa (Pengarah Jabatan Zakat MAINS), Tuan Mohd Razalan bin Kamal (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM), Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim (Pengawai Penyelidik Kanan, JKSN Sembilan) serta pegawai kanan BTMK dan BPKR JKSM.

Last Updated on Julai 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023
Januari 2, 2023 Januari 3, 2023 Januari 4, 2023(1 event) Januari 5, 2023 Januari 6, 2023 Januari 7, 2023 Januari 8, 2023
Januari 9, 2023 Januari 10, 2023(1 event) Januari 11, 2023 Januari 12, 2023 Januari 13, 2023 Januari 14, 2023 Januari 15, 2023
Januari 16, 2023 Januari 17, 2023(1 event) Januari 18, 2023(3 events) Januari 19, 2023(3 events) Januari 20, 2023 Januari 21, 2023 Januari 22, 2023
Januari 23, 2023 Januari 24, 2023 Januari 25, 2023 Januari 26, 2023 Januari 27, 2023 Januari 28, 2023 Januari 29, 2023
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023