MESYUARAT DASAR PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIAH BIL. 3/2022

9 Mei 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini telah mempengerusikan Mesyuarat Dasar Perundangan dan Kehakiman Syariah bil 3 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Dalam ucapan aluan, beliau telah membangkitkan beberapa isu hasil daripada perjumpaan dengan DYMM Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI. Beliau mengharapkan agar isu ini perlu dilaksanakan dengan segera dan cermat oleh kita semua.

Beliau juga telah memperingatkan bahawa kita telah memasuki kepertengahan tahun 2022 sedangkan kita merasakan banyak lagi tugasan dan amanah yang belum dapat kita laksanakan, oleh itu beliau menyeru kepada ahli mesyuarat untuk terus komited dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Teruskan kesatuan antara kita dan tingkatkan kerjasama/partisipasi dalam setiap tugas yang telah diamanahkan.

Selain itu YAA Dato’ Setia Dr menyeru agar semua kekal fokus kepada peranan dan fungsi Jabatan sebagai agensi penyelaras kepada pentadbiran keadilan Syariah. Setiap halangan, tohmahan dan kritikan perlu kita hadapi dengan tenang dan positif.

Mesyuarat MDPKS pada hari ini telah berjaya membincangkan isu-isu berbangkit dalam pendrafan akta Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan. Perbincangan ini perlu dan penting bagi memutuskan prinsip dasar dalam pendrafan pindaan akta ini.

Untuk rekod, MDPKS ini dilaksanakan sebanyak 6 kali setahun, dimana ahlinya terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan, pengarah-pengarah Bahagian, ketua-ketua unit serta ahli lain yang dijemput dari masa ke semasa.

Diharap dengan adanya MDPKS ini akan menjadi medium bagi memutuskan perkara dasar dalam pentadbiran sistem Kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia.

Last Updated on May 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024