MESYUARAT DI ANTARA JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG SYARIAH MAJLIS PEGUAM DAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

14 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Mesyuarat di antara Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JKSM dan wakil-wakil daripada Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam.

Antara 11 orang wakil Jawatankuasa Undang-Undang Syariah Majlis Peguam Malaysia yang hadir adalah Encik Mohamad Ezri bin Abdul Wahab (Naib Yang diPertua Majlis Peguam Malaysia), Tuan Haji Zainal Abidin bin Shaik Zakaria (Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-Undang Syariah) dan Puan Murshidah binti Mustafa (Bendahari Yang Dipertua Majlis Peguam Malaysia).

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam tersebut telah membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan penyelarasan undang-undang Syariah antara institusi kehakiman Syariah dan pihak peguam Syarie.

Antara isu yang dibincangkan termasuklah penguatkuasan perintah mahkamah Syariah di Pejabat Tanah dan Galian, pengenaan fi pemfailan di bawah Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi, Elaun dan Kos) (Negeri Pulau Pinang) 2020, penyelarasan isu latihan dalam kamar (chambering) dan latihan lapangan (internship) pelajar universiti di mahkamah Syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah memulakan mesyuarat dengan memberi sedikit pengenalan berkenaan penubuhan JKSM dan fungsinya sebagai badan penyelaras pentadbiran kehakiman Syariah di peringkat persekutuan.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menerangkan usaha-usaha penyelarasan di peringkat JKSM yang dilakukan secara perbincangan dengan mahkamah-mahkamah Syariah negeri-negeri.

Semoga semua isu yang dibincangkan sebentar tadi dapat diselesaikan dengan tuntas dan efektif sekaligus dapat mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan mahkamah Syariah khususnya kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Last Updated on October 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024