MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH TAHUN 2022

25 – 26 Oktober 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2022 bertempat di Dewan Swan 1 dan 2, Hotel The Pearl, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua-Ketua Hakim Syarie JKSN/ MSN Seluruh Malaysia, YBrs. Prof. Dr. Najibah binti Mohd Zain, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Puan Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Tuan Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Puan Harizan binti Hamzah, Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Sarawak dan Puan Nur Hayati binti Rasmin, wakil kepada Presiden Persatuan Peguam Syarie Sabah.

Mesyuarat ini diadakan sekali pada setiap tahun telah menbincangkan sebanyak 12 kertas konsep/ cadangan Arahan Amalan. Kertas-kertas konsep ini bukan sahaja disediakan oleh JKSM, malah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terenganu, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Peguam Syarie Sarawak turut membantu menyumbangkan idea menyediakan kertas-kertas cadangan. Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga turut mencadangkan satu kertas cadangan berkaitan dengan pentadbiran kekeluaragaan yang melibatkan hal ehwal anggota mereka.

Pihak JKSM sentiasa membuka pintu kepada semua pihak berkepentingan untuk mencadangkan apa sahaja cadangan berkaitan arahan amalan melalui pemakluman dan jemputan kepada semua YAA Ketua Hakim Syarie, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie, Timbalan Ketua Pengarah JBG, Jabatan Peguam Negara termasuk Pen. Penasihat Undang-Undang (Syariah) melalui surat kepada Ketua Unit Kehakiman Syariah & Undang-Undang Keluarga Islam, Bahagian Syariah & Pengharmornian Undang-Undang, dan turut dipanjangkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hal ini bertujuan memberi ruang untuk menambahbaik pengurusan dan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah.

Pemakaian arahan amalan boleh menghapuskan kesulitan (raf’u al-haraj), mengelakkan kesukaran (daf’u al-mashaqqah) dan menghilangkan kemudharatan orang ramai terutama yang berurusan dengan Mahkamah Syariah. Dengan adanya arahan amalan yang menyeragamkan peraturan dan tindakan di semua Mahkamah Syariah di Malaysia pastinya dapat menghindarkan haraj, mashaqqah dan darar dari terus berlaku. Haraj dan mashaqqah juga dihadapi oleh para hakim dan pengamal undang-undang ketika memahami dan mentafsirkan peruntukan undang-undang yang umum, tidak jelas dan kabur. Kaedah fiqh menyebut; al-mashaqqah tajlibu al-taysīr (kesukaran membawa kemudahan). Jika tidak ada keselarasan dan keseragaman maka akan timbul pelbagai tafsiran di negeri terhadap kekaburan yang timbul.

Last Updated on October 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024