MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA BIL. 2 TAHUN 2022

12 Oktober 2022| Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM hari ini telah mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) Bil. 2 Tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Swan 2, Aras 7, Hotel The Pearl, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Mesyuarat telah dimulakan dengan taklimat perjalanan program oleh Pengarah BPKR JKSM bersama pihak PDRM dan hotel.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya mengucapkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa induk yang hadir dan memberi komitmen dalam mesyuarat ini. Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. juga mengharapkan semua jawatankuasa agar sama-sama bersedia untuk menjayakan PPSSM 2022 ini.

Antara ahli mesyuarat yang turut hadir adalah YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir (Ketua Hakim Syarie MSWP), Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), wakil PDRM dari IPK KL, wakil pengurusan The Pearl Hotel KL, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua Unit JKSM dan pegawai-pegawai kanan JKSM.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi lawatan tapak program, dewan,bilik serta dewan makan.

Last Updated on October 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024