MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBINAAN ARAHAN AMALAN BIL 3 TAHUN 2022

26 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM malam ini berkesempatan menyampaikan amanat sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembinaan Arahan Amalan Bil.3 Tahun 2022.

Mesyuarat anjuran Seksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM ini diadakan bertempat di Dewan Melaka, Aras 3, Hotel Ibis, Melaka yang telah dipengerusikan oleh YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Rayuan Syariah JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan beliau mengharapkan ahli-ahli jawatankuasa dapat memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang sesi perbincangan selama 2 hari bagi memastikan kertas-kertas cadangan yang dihasilkan adalah berkualiti dan memberikan manfaat kepada warga perundangan dan kehakiman Syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. juga mewakili JKSM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kertas-kertas cadangan daripada agensi-agensi dan Persatuan Peguam Syarie antaranya Tuan Jaidi bin Ahmad daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, sama ada di Ibu Pejabat, JBG Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Ketua Pendakwa Syarie/ Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan,Terengganu dan Perak dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia & Sarawak.

Seterusnya, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan sumbangan idea dan komitmen berterusan daripada JKSN/ MSN dan pelbagai agensi yang berkaitan dengan kehakiman dan perundangan syariah sangat dialu-alukan demi menghasilkan “practice direction” yang benar-benar bermanfaat untuk memastikan sistem pentadbiran kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia dapat memainkan peranannya sebagai agensi penegak keadilan yang sebenar.

YAA Dato’ Setia Dr. menyatakan arahan amalan telah dikeluarkan buat kali pertama pada tahun 2000, dan ianya dikeluarkan sehinggalah tahun 2021. Sebanyak 236 arahan amalan yang telah dikeluarkan, dan 42 arahan amalan telah dibatalkan. Ini bermakna sehingga ke hari ini sebanyak 194 arahan amalan yang sedang berkuatkuasa.

Walaupun ada kritikan terhadap pemakaian arahan amalan ini, harus diakui bahawa melalui arahan amalan, banyak isu-isu ketidakseragaman pemakaian undang-undang dan lakuna di dalam pentadbiran kehakiman dan perundangan di mahkamah Syariah berjaya diatasi.

Justeru, penggubalan seumpama yang diusahakan pada hari ini, seterusnya pemakaian arahan amalan adalah penting demi menyeragamkan dan melicinkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on Julai 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023
Januari 2, 2023 Januari 3, 2023 Januari 4, 2023(1 event) Januari 5, 2023 Januari 6, 2023 Januari 7, 2023 Januari 8, 2023
Januari 9, 2023 Januari 10, 2023(1 event) Januari 11, 2023 Januari 12, 2023 Januari 13, 2023 Januari 14, 2023 Januari 15, 2023
Januari 16, 2023 Januari 17, 2023(1 event) Januari 18, 2023(3 events) Januari 19, 2023(3 events) Januari 20, 2023 Januari 21, 2023 Januari 22, 2023
Januari 23, 2023 Januari 24, 2023 Januari 25, 2023 Januari 26, 2023 Januari 27, 2023 Januari 28, 2023 Januari 29, 2023
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023