MESYUARAT JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH SOKONGAN KELUARGA (KWASK) BIL. 1 TAHUN 2022

21 JULAI 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar pada hari ini berkesempatan untuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KWASK Bil. 1 Tahun 2022.

Mesyuarat KWASK merupakan mesyuarat yang penting dalam memastikan segala pengurusan Kumpulan Wang Amanah berjalan selari dengan peraturan dan prosedur kewangan yang sedang berkuat kuasa.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya turut menekankan pekara berhubung dengan fungsi dan tanggungjawab penting Jawatankuasa KWASK dalam memastikan penggunaan dan tatacara kewangan yang dilaksanakan bertepatan dengan fungsi dan objektif pewujudan kumpulan wang.

Mesyuarat pada kali ini telah dibentangkan antaranya pandangan undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara berhubung dengan pelaksanaan pendahuluan nafkah BSK, cadangan pelaksanaan kajian hala tuju pengurusan dana BSK serta cadangan perolehan peralatan promosi BSK.

Semoga segala keputusan yang dicapai akan dapat memperkasakan BSK dalam memanfaatkan Keluarga Malaysia khususnya pelanggan-pelanggan BSK di seluruh Malaysia.

Last Updated on July 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024