MESYUARAT JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH SOKONGAN KELUARGA (KWASK) DAN AKAUN AMANAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (AABSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) BIL. 2/2020

10 Disember 2020 (Khamis)- YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan untuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga (KWASK) dan Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (AABSK) JKSM Bil. 2/2020 pada pagi ini melalui aplikasi Skype for Business.

YAA Dato’ Dr. dalam ucapan aluannya telah menggariskan beberapa perkara penting antaranya tanggungjawab yang digalas oleh ahli jawatankuasa dalam memastikan pengurusan kumpulan wang dan akaun amanah berjalan selari dengan undang-undang, Arahan Perbendaharaan, pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa.

Selain itu, YAA Dato’ turut memaklumkan mesyuarat berhubung perkembangan terkini di mana pindaan Surat Ikatan Amanah KWASK dan Arahan Amanah AABSK yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan selain mengharapkan supaya BSK dapat memanfaatkan sepenuhnya pindaan tersebut dan lebih berinovasi dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika pandemik COVID-19 yang mencabar ini.

Dalam pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan dan meluluskan satu kertas cadangan perluasan perkhidmatan BSK Transit BSK Seksyen Negeri seluruh Malaysia dalam membantu pelanggan BSK yang kurang berkemampuan untuk hadir ke sesi runding cara dan prosiding penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Mesyuarat juga telah meluluskan kertas cadangan pembekalan telefon pintar bagi kegunaan BSK Seksyen Negeri seluruh Malaysia bagi tujuan pengurusan operasi BSK terutamanya dalam pelaksanaan fungsi utama BSK iaitu penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.

Akhir sekali, YAA Dato’ Dr. turut menyatakan harapan semoga segala perkara yang telah diputuskan dapat dilaksanakan oleh BSK dalam usaha untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan sokongan keluarga kepada semua rakyat dapat diteruskan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022 May 31, 2022 June 1, 2022 June 2, 2022 June 3, 2022 June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022 June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022 June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022 June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022 June 21, 2022 June 22, 2022 June 23, 2022 June 24, 2022 June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022 June 28, 2022 June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022 July 2, 2022 July 3, 2022