MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN BIL. 1 TAHUN 2021

21 Januari 2021- Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Bil. 1 Tahun 2021 telah berjaya diurus setiakan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini secara atas talian yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj Nasir bin Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Latihan, JKSM yang telah dilantik iaitu terdiri daripada Puan Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, wakil-wakil daripada Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Peguam Negara dan Pengarah-pengarah Bahagian di JKSM.

Terdapat juga ahli dari agensi luar yang dilantik, terdiri dari Institut Latihan Islam Malaysia( ILIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP).

Mesyuarat ini yang ditakwimkan satu kali bagi tahun semasa adalah berfungsi bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan latihan di bawah seliaan Bahagian Latihan JKSM, yang mana pelanggan-pelanggan Bahagian Latihan ini adalah terdiri daripada seluruh Pegawai Syariah dan kakitangan di JKSM bahkan juga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri, Mahkamah Syariah Negeri-Negeri serta pegawai kader di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Latihan ini juga memainkan peranan penting dalam memastikan modul dan kurikulum latihan itu sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian untuk melahirkan para Pegawai Syariah selaku penjawat awam yang kompeten dan dapat melaksanakan tugasan dan peranan dengan lebih mantap dan berkesan, selain disulami dengan sifat integriti dan rasa kesungguhan atas sesuatu tanggungjawab yang digalas, demi memberikan perkhidmatan keadilan Syariah dan memenuhi kemaslahatan masyarakat.

YBrs. Tuan Pengerusi dalam ucapan aluan beliau menekankan fungsi utama JKL ini kepada Pengurusan Latihan yang terbaik buat jabatan dan Pegawai Syariah keseluruhannya, perkembangan terkini status penubuhan Akademi Latihan Syariah serta harapan tentang kesinambungan kerjasama dan kebersamaan antara Bahagian-Bahagian di JKSM dalam konteks penyelarasan pengurusan latihan pada hari ini, dapat diteruskan pada masa akan datang.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022