MESYUARAT JAWATANKUASA MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH (JKMMS) BIL. 1/2022

22 Julai 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia melalui Bahagian Dasar & Penyelidikan telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) BIL. 1/2022 bertempat Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula jam 9.30 pagi. Mesyuarat Kali pertama ini telah di pengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Ahli yang hadir semasa mesyuarat adalah YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Amam, YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguamcara Negara, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim b. Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YBhg. Profesor Dato’ Noor Aziah bt. Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Suhakam/Pensyarah Fakulti Undang-Undang, UKM, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat b. Buang, Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang, UM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti A. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, YAA Tuan Hj Ab. Rahman Thobroni b. Hj Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, YBhg. Dato’ Seri Dr. Mohd. Yusup b. Che Teh, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, YBhg. Dato’ Haji Sulaiman b. Abdullah, Peguambela dan Peguamcara Kanan dan YBrs. Tuan Musa b. Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Dalam Ucapan Aluan, YBhg. Tan Sri Dato’ pengerusi telah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat walaupun ahli sibuk dengan tugasan dan urusan masing-masing. Seterusnya beliau menyatakan Mahkamah Syariah adalah salah satu sistem mahkamah yang ada di negara kita di samping mahkamah awam/sivil. Kewujudannya sejak sekian lama, walaupun dengan struktur yang berbeza dengan apa yang ada pada hari, adalah amat penting khususnya dalam melaksanakan undang-undang Islam dalam ruang yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Usaha-usaha untuk memperkasakan mahkamah Syariah telah banyak dilakukan sebelum ini. Dari Mahkamah Kadi ke Mahkamah Syariah, pemisahan daripada pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri dengan wujudnya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, penggubalan set undang-undang Syariah yang seragam, penubuhan JKSM dan skim perkhidmatan Pegawai Syariah telah banyak mengubah kedudukan mahkamah Syariah dari semasa ke semasa.

YBhg. Tan Sri Dato’ pengerusi juga memaklumkan bahawa Ahli-ahli JKMMS ini telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh Kerajaan untuk berada dalam Jawatankuasa ini. Ia merupakan satu cabaran yang besar untuk kita sama-sama fikir apakah dasar, halatuju, perancangan atau program yang boleh dilakukan untuk memperkasakan mahkamah Syariah dalam tempoh 2 tahun pelantikan bagi 2022 hingga 2024.

Mesyuarat Kali pertama ini telah dibentangkan Terma Rujukan (TOR) JKMMS oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim b. Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM selaku setiausaha yang dilantik kepada ahli JKMMS ini untuk dipersetujui. Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. Setiausaha telah membentangkan perkembangan terkini Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Mahkamah Syariah dan Mesyuarat pada hari ini diakhiri dengan membincangkan Halatuju JKMMS 2022-2024

Last Updated on July 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023
February 6, 2023 February 7, 2023(1 event) February 8, 2023 February 9, 2023(1 event) February 10, 2023(1 event) February 11, 2023 February 12, 2023
February 13, 2023(1 event) February 14, 2023(1 event) February 15, 2023 February 16, 2023 February 17, 2023 February 18, 2023 February 19, 2023
February 20, 2023(1 event) February 21, 2023(1 event) February 22, 2023(1 event) February 23, 2023 February 24, 2023 February 25, 2023 February 26, 2023
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023