MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK TRANSFORMASI e-SYARIAH VERSI 3 BIL 2/2022

4 Julai 2022 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM hari ini telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini bertujuan meneliti status semasa pelaksanaan projek oleh Pengurusan Projek JKSM serta membincangkan isu-isu berbangkit dalam tempoh pelaksanaan projek.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya mengharapkan komitmen penuh semua pihak terutama pasukan projek Kerajaan dan Syarikat serta bantuan kepakaran daripada pasukan perundingan ICT MAMPU bagi memastikan kejayaan dalam pelaksanaan projek eSV3 kali ini.

Beliau turut mengingatkan agar Pengurus Projek JKSM dan SAINS bertindak proaktif dan secara bersama mencari titik penyelesaian sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam menyiapkan projek ini.

Sesi hari ini turut diisi dengan pembentangan Laporan Ketersediaan Infrastruktur bagi Pelaksanaan Sistem e-Syariah Versi 3, Pembentangan Cadangan Integrasi Sistem e-Syariah bersama Sistem iKiosk dari Syarikat Intact Media dan sesi demo Sistem e-Syariah Versi 3 oleh pihak Sains Sarawak.

Untuk rekod, fasa pelaksanaan keseluruhan projek e-Syariah Versi 3 adalah selama 18 bulan bermula Julai 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2023 dengan menggunakan baki peruntukan projek terdahulu yang telah diluluskan dalam siling Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) bagi Rolling Plan 2 (RP2).

Turut hadir adalah Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan JKSM, YAA Datuk Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurusan Projek SAINS Sarawak, Pasukan Projek JKSM dan SAINS Sarawak dan Pasukan Perundingan ICT MAMPU.

Last Updated on July 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022