MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBINAAN MODUL SIJIL EKSEKUTIF KEMAHIRAN ISTINBAT HUKUM DALAM PENGHAKIMAN SYARIE (KIPSYA) BIL. 1/2022

3 Jun 2022 – PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Modul Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie (KIPSYA) Bil.1/2022 yang diadakan pada 3 Jun 2022 (Jumaat) berjaya diadakan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini secara fizikal yang dipengerusikan oleh YA Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM.

Mesyuarat ini dianggotai oleh YBrs. Tuan Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan (Kehakiman), Pengarah Bahagian Latihan dan Pegawai-pegawai Syariah yang dilantik.

Mesyuarat ini juga turut dianggotai Pengarah Institut Fatwa dan Halal Antarabangsa (iFFAH) USIM, YBhg. Prof. Dr. Irwan Bin Mohd Subri.

Antara perkara utama yang dibincangkan pada hari ini ialah program kerjasama JKSM dan IFFAH berhubung penganjuran Kursus Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie (KIPSYA) bagi tahun 2022.

KIPSYA merupakan modul eksekutif baharu bagi kompetensi Hakim Syarie terutama kepada Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Objektif utama modul Kursus Sijil Eksekutif (KIPSYA) ini dibangunkan adalah untuk memantapkan Pegawai Syariah khususnya Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang berpengetahuan dan memahami konsep istinbat hukum dalam membuat alasan penghakiman dengan mengaplikasi kaedah dan prinsip Fiqh serta Usul Fiqh dalam alasan penghakiman.

Dalam pada itu, mesyuarat ini juga turut menyemak, meneliti dan menambah baik Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama penganjuran Kursus Sijil Eksekutif KIPSYA antara JKSM dan IFFAH, USIM supaya ianya dapat dijalankan sebaik mungkin mengikut persefahaman yang dicapai.

YA Dato’ Pengerusi juga turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khusunya kepada Pengurus iFFAH USIM atas kerjasama ini dan ucapan terima kasih juga kepada seluruh ahli mesyuarat yang hadir atas komitmen dan idea yang dicurahkan bagi menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Last Updated on June 3, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024