MESYUARAT JAWATANKUASA PEMIKIR SULH BIL.1 TAHUN 2021

29 Jun 2021: Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod (BPKR) JKSM hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemikir bil. 1/2021 secara atas talian menggunakan aplikasi Goggle Meet.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr.Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Malaysia. Dalam ucapan aluan Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr mengucapkan Tahniah dan penghargaan atas perlantikan jawatankuasa ‘think tank’ Sulh yang baru. Semoga dengan pelantikan ini dapat membantu JKSM mendapatkan input bagi memantapkan pelaksanaan Sulh di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Selain itu jawatankuasa ini diharap dapat merancang strategi dan mencari solusi yang terbaik untuk memantapkan profesion pegawai sulh dan majlis Sulh di JKSN/MSN.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat Jawatankuasa Pemikir Sulh Bil.1/2020.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan Kertas cadangan dan pemakluman berkaitan Kajian Keberkesanan Majlis Sulh di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia, Kertas Cadangan Naiktaraf Seksyen Sulh kepada Bahagian Penyelesaian Pertikaian Alternatif (PPA) dan Kertas Cadangan Penambahan Kes-Kes yang perlu dirujuk ke Majlis Sulh.

Turut hadir di dalam mesyuarat kali ini adalah Pensyarah-pensyarah Universiti yang telah dilantik, Ketua-Ketua Pendaftar JKSN/MSN seluruh Malaysia, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian JKSM dan Pegawai-pegawai Kanan JKSM.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Jun 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 29, 2023 Mei 30, 2023 Mei 31, 2023 Jun 1, 2023 Jun 2, 2023(1 event) Jun 3, 2023 Jun 4, 2023
Jun 5, 2023 Jun 6, 2023 Jun 7, 2023 Jun 8, 2023 Jun 9, 2023(2 events) Jun 10, 2023 Jun 11, 2023
Jun 12, 2023 Jun 13, 2023(1 event) Jun 14, 2023 Jun 15, 2023 Jun 16, 2023(1 event) Jun 17, 2023 Jun 18, 2023
Jun 19, 2023(1 event) Jun 20, 2023(1 event) Jun 21, 2023(1 event) Jun 22, 2023 Jun 23, 2023 Jun 24, 2023 Jun 25, 2023
Jun 26, 2023 Jun 27, 2023 Jun 28, 2023 Jun 29, 2023 Jun 30, 2023 Julai 1, 2023 Julai 2, 2023