MESYUARAT JAWATANKUASA PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH PERSEKUTUAN) 2022

Shah Alam – 20-22 Jun 2022 | Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 2022 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh ahli Jawatankuasa Penggubalan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022 yang dilantik dan juga wakil-wakil dari Jabatan Perdana Menteri ( JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Antara yang hadir pada kali ini ialah YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tuan Ramzi bin Osman, Timbalan Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, Tuan Zawawi bin Ghazali, Penasihat Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tuan Musa bin Awang, Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA, Puan Norhadzirah binti Mohd Nor Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Wan Mohd Sanusi bin Mohd Noor, Pengurus Unit Undang-Undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk menggerakkan cadangan peningkatan hierarki Mahkamah Syariah kepada empat peringkat dan cadangan penubuhan suatu Jawatankuasa Kehakiman Syariah yang berperanan berkaitan pelantikan Hakim Mahkamah Syariah serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syari’i/Ketua Pengarah JKSM telah mewakilkan YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain untuk membacakan teks amanat beliau pada majlis perasmian mesyuarat pada kali ini. Dalam amanat tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah menzahirkan ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli Jawatankuasa dan segala usaha yang dicurahkan dalam menyediakan RUU Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022 semenjak tahun 2021 lagi.

Seterusnya YAA Dato’ Setia Dr. telah menyatakan bahawa perubahan dari segi kesedaran mengenai hak-hak di sisi undang-undang Syariah dan juga complexity kes-kes, memerlukan kepada struktur mahkamah Syariah yang lebih efisien sebagai tempat yang kondusif untuk litigan menyelesaikan pertikaian antara mereka. Oleh itu, JKSM bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri perlu sentiasa fokus dalam melaksanakan perubahan kepada cara penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif di mahkamah-mahkamah Syariah. YAA Dato’ Setia Dr. juga berharap agar kerjasama yang jitu dan tidak berbelah bahagi dapat diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta agensi lain yang berkaitan dalam melaksanakan usaha transformasi mahkamah syariah yang tertangguh sejak dulu lagi.

Untuk rekod usaha pindaan RUU Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022 ini dibuat susulan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil pada 5 September 2020 dan 9 – 11 Mac 2021. JK Teknikal telah memutuskan agar pihak JKSM dan MSWP menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar dalam pelbagai bidang dan keanggotaan jawatankuasa tersebut hendaklah bersifat inklusif.

Diharap RUU Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2022 akan membawa perubahan dan transformasi yang penting kepada sistem kehakiman Syariah di Malaysia kerana hasrat untuk meningkatkan hierarki mahkamah syariah menjadi semakin penting selaras dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini.

Last Updated on June 20, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023