MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN BUKU SEJARAH JKSM

22 OGOS 2022| Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Buku Sejarah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan ahli mesyuarat terdiri daripada YA Dato Mohd Amran Bin Mat Zain (Hakim Rayuan Syariah), Puan Azlina Binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan), dan Tuan Mohamad Zakian Bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman.

YAA Dato’ Setia Dr. Dalam ucapannya memaklumkan bahawa penubuhan JKSM pada Mac 1998 menjadi antara salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan untuk menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Sepanjang tempoh 25 tahun ini juga JKSM telah mengorak langkah mencipta inovasi serta melakarkan pelbagai kejayaan dalam usaha memartabat Institusi Kehakiman Syariah di Malaysia.

Justeru itu, sebagai salah satu usaha untuk memelihara sejarah penting dalam bidang kehakiman Syariah negara, penulisan buku sejarah JKSM ini wajar diterbitkan bertepatan dengan sambutan 25 tahun penubuhannya, di samping sebagai satu bentuk promosi terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JKSM kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, JKSM telah melantik penulis Buku Sejarah JKSM iaitu Dr Mohd Hasanuddin Bin Mohd Yusof pada 28 April 2022 dan surat setuju terima sebagai penulis buku sejarah oleh Dr Mohd Hasanuddin pada 1 Mei 2022. Penulis mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perundangan, sejarah dan berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan penulisan buku sejarah.

Penulis telah membentangkan isi kandungan buku sebanyak dua kali iaitu 15 Jun 2022 dan 18 Julai 2022 di hadapan ahli Mesyuarat Penyediaan Buku Sejarah JKSM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ketua Pendaftar JKSM iaitu Tuan Hj Nassir Bin Hj Abdul Aziz. Penulis telah membentangkan segala hasil penyelidikan di Arkib Negara Malaysia berkaitan dengan berita-berita di surat khabar sebelum penubuhan JKSM. Penulis juga telah menjalankan temubual dengan beberapa tokoh JKSM iaitu YA Dato Mohd Amran Bin Mat Zain, YA Dato Mohamad Shakir Bin Hj Abdul Hamid, Datuk Muhammad Bin Abdullah dan Datuk Hj Abu Bakar Bin Ahmad.

Oleh yang demikian, mesyuarat pada hari ini bertujuan untuk menilai isi kandungan yang disusun dan sekaligus meluluskan / meminda / menambah isi kandungan sejarah JKSM yang diperlukan.

Last Updated on Ogos 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023
Januari 2, 2023 Januari 3, 2023 Januari 4, 2023(1 event) Januari 5, 2023 Januari 6, 2023 Januari 7, 2023 Januari 8, 2023
Januari 9, 2023 Januari 10, 2023(1 event) Januari 11, 2023 Januari 12, 2023 Januari 13, 2023 Januari 14, 2023 Januari 15, 2023
Januari 16, 2023 Januari 17, 2023(1 event) Januari 18, 2023(3 events) Januari 19, 2023(3 events) Januari 20, 2023 Januari 21, 2023 Januari 22, 2023
Januari 23, 2023 Januari 24, 2023 Januari 25, 2023 Januari 26, 2023 Januari 27, 2023 Januari 28, 2023 Januari 29, 2023
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023