MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3 KALI KE-11 BIL. 8 TAHUN 2022

30 Ogos 2022 | YA Dato’ Mohamad Shakir Bin Haji Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syarie JKSM hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 JKSM Kali Ke-11 Bil.8/2022 bertempat di Zenith, Putrajaya.

Terdahulu, YA Dato’ Pengerusi dalam ucapan aluan merakamkan ucapan penghargaan atas kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal ESV3 di dalam mesyuarat kali ini dan beliau mengharapkan komitmen semua pihak bagi menjayakan Projek Transformasi Sistem ESV3.

YA Dato’ Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat yang diadakan setiap bulan ini bertujuan memantau perjalanan pembinaan Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 yang kini telah berada di fasa 4 di mana fokus mesyuarat hari ini adalah bagi mendapatkan pengesahan format nombor siri resit rasmi bagi modul kewangan dan pengesahan bagi pelan pelancaran sesi Go-Live.

Untuk rekod, Sistem ESV3 yang dibangunkan oleh Syarikat Sains Sarawak dijadualkan akan Go-Live di Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor pada 30 September 2022 melibatkan 8 modul iaitu

1. Pengurusan Kes Mahkamah Syariah

2. Pengurusan Dokumen (DMS)

3. Nafkah (e-Nafkah)

4. Nasihat (e-Nasihat)

5. Portal e-Syariah

6. Kewangan

7. Pelaporan Statistik

8. Keselamatan

Selain itu, terdapat beberapa fungsi baharu di dalam Projek ini yang dilihat dapat memberi impak kepada perkhidmatan di mahkamah syariah negeri-negeri antaranya fungsi e-Filing dan e-Review.

Turut hadir di dalam mesyuarat hari ini adalah YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abd Rahman (KHS MSN Melaka), Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Ketua Pendaftar MSWP, Ketua Pendaftar Jakess dan pegawai dari MAMPU.

Last Updated on August 30, 2022

Kalendar JKSM

April 19, 2024

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor