MESYUARAT KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-72 BILANGAN 4 TAHUN 2021

29 November 2021: Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM telah mengadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali ke-72 Bilangan 4 Tahun 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Mesyuarat kali ini yang merupakan Mesyuarat Ketua Pendaftar kali terakhir untuk tahun ini dipengerusikan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM yang menggantikan Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Terdahulu, Pengerusi telah merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Tuan Zakian bin Dio sebagai Pengarah Kanan Kehakiman JKSM dan semoga pelantikan ini akan dapat memberi panduan dan bimbingan kepada semua Ketua Pendaftar dalam meningkatkan martabat institusi kehakiman Syariah seluruh Malaysia.

Pengerusi selanjutnya merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada JKSN/MSN di atas kejayaan besar sepanjang tahun 2021 hasil kerjasama bersama yang antara lain sebagaimana berikut:

i. Pembinaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara;

ii. Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah;

iii. Arahan Amalan berkaitan Deposit Rayuan;

iv. Arahan Amalan berkaitan Perintah Bersaling; dan

v. Pembentukan Think Tank Sulh

Dalam mesyuarat kali ini juga, satu Kertas Cadangan Penyediaan Alasan Penghakiman Berdasarkan Arahan Amalan Bilangan 6 tahun 2001 telah dibentangkan oleh Ketua Unit Integriti JKSM, Puan Salwani binti Khalid.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in July 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022
July 4, 2022(1 event) July 5, 2022 July 6, 2022 July 7, 2022 July 8, 2022 July 9, 2022 July 10, 2022
July 11, 2022 July 12, 2022 July 13, 2022 July 14, 2022 July 15, 2022(1 event) July 16, 2022 July 17, 2022
July 18, 2022(1 event) July 19, 2022 July 20, 2022 July 21, 2022 July 22, 2022 July 23, 2022 July 24, 2022
July 25, 2022 July 26, 2022 July 27, 2022(1 event) July 28, 2022(1 event) July 29, 2022(2 events) July 30, 2022 July 31, 2022