MESYUARAT KHAS KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM, KETUA HAKIM SYARIE JKSN/MSN BAGI PENGURUSAN KES SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Bil 1/2021

24 Januari 2021: Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod (BPKR) JKSM pagi ini telah mengurusetiakan Mesyuarat Khas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM, Ketua Hakim Syarie JKSN/MSN Bagi Operasi Mahkamah Syariah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bil. 1/2021 secara atas talian menggunakan aplikasi Webex.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini bertujuan memuktamadkan perbincangan berkaitan pengurusan kes semasa tempoh PKP dikuatkuasakan.

Cadangan pengoperasian ini juga mengambil kira cadangan yang diterima oleh YAA Dato’ Setia Dr. daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) yang turut mengharapkan mahkamah beroperasi seperti biasa dengan kawalan SOP yang ketat bagi kelangsungan perkhidmatan Peguam Syarie di Malaysia.

Untuk makluman, JKSM juga telah menghubungi MKN bagi mendapatkan penjelasan berkaitan hal ini, dan disahkan bahawa sektor kehakiman adalah dibenarkan, walau bagaimanapun MKN menasihatkan supaya dielakkan kehadiran yang ramai ke Mahkamah Syariah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Satu SOP baru juga akan dikeluarkan bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman di setiap negeri selain menjamin kebajikan warga Mahkamah Syariah, pihak-pihak yang berurusan di Mahkamah dari aspek pengurusan kes mahupun aspek kesihatan.

Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua dan Mahkamah Syariah keseluruhannya serta melindungi kita semua dari bahaya jangkitan wabak COVID-19 seterusnya memberi kelancaran dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022 Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022 Ogos 10, 2022 Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022 Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022 Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022 Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022 Ogos 23, 2022 Ogos 24, 2022 Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022 Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022 Ogos 30, 2022 Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022