MESYUARAT KUMPULAN PEMIKIR (THINK TANK) SULH BIL.1 TAHUN 2022

8 APRIL 2022- Seksyen Sulh,Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM telah mengadakan Mesyuarat Kumpulan Pemikir (Think Tank) Sulh Bil. 1 Tahun 2022 secara atas talian dan mesyuarat telah di pengerusikan oleh Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Mesyuarat ini diadakan sebanyak dua kali setahun dan mesyuarat pada kali ini adalah yang kali pertama diadakan pada tahun ini bertujuan untuk untuk mendapatkan input dan pandangan dari Kumpulan Pemikir yang dilantik untuk sebagai wadah perbincangan dalam mempertingkatkan hala tuju perkhidmatan dan kerjaya pegawai sulh dan memantapkan profesion Pegawai Sulh.

Mesyuarat ini turut dihadiri Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Ketua-ketua Pendaftar JKSN/MSN, Pensyarah-Pensyarah Universiti yang dilantik, Wakil Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang Jabatan Peguam Negara, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), dan pegawai-pegawai lain yang dilantik

Last Updated on April 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor