MESYUARAT PASCA KABINET MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BILANGAN 22 TAHUN 2022

13 Oktober 2022 | YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar telah bersama-sama di dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bilangan 22 Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad.

Mesyuarat terakhir dipengerusikan oleh YB Menteri ini bermula pada jam 3.00 petang di Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut disertai oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Ketua-Ketua Agensi Agama seperti YBhg. Dato’ Seri Amrin Bin Awaludin, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji Malaysia, YBhg. Datuk Hjh. Hakimah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah JAKIM, YBrs. Pn Hajjah Noor Hadina Binti Ahmad Zabidi, Pengarah JAPENSWP.

Mesyuarat mingguan ini bermula dengan Perutusan daripada YB Senator Datuk Pengerusi, kemudian disusuli dengan pengesahan minit mesyuarat dan maklumbalas minit mesyuarat. Pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk isu-isu berbangkit di peringkat Agensi-Agensi Agama. Mesyuarat pasca kabinet adalah merupakan antara medium untuk membangkitkan dan menyampaikan permasalahan yang bermula dari kalangan rakyat sehingga peringkat Jabatan supaya pentadbiran tertinggi kementerian mendapat gambaran sebenar apa yang berlaku.

Mesyuarat selesai sekitar jam 4.30 petang dengan YAA Dato’ Setia Dr bergambar kenang-kenangan bersama YB Senator Datuk Pengerusi serta seluruh ahli mesyuarat.

Last Updated on October 14, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024