MESYUARAT PELAN TINDAKAN INTEGRASI PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) BERSAMA MAIS SAGA

2 Jun 2022 | YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pelan Tindakan Integrasi Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 (ESV3) Bersama MAIS SAGA bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS.

Terdahulu, di dalam ucapan aluan YBrs. Tuan Ketua Pendaftar telah merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai JKSM, JAKESS, MAIS dan kontraktor SAINS Sarawak serta ucapan terima kasih kepada YAA Dato’ KHS Selangor atas kesudian pihak YAA Dato’ menjadi tuan rumah bagi mesyuarat hari ini.

Seterusnya YBrs. Tuan Kp mengambil berkesempatan di dalam mesyuarat ini bagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak YAA Dato’ Ketua Pengarah/Ketua hakim Syarie JKSM kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof atas kesudian pihak MAIS menanggung kos integrasi antara sistem E-Syariah Versi 3 bersama Sistem SAGA MAIS.

Beliau seterusnya mengharapkan agar integrasi antara kedua-dua sistem ini akan melancarkan proses transformasi sistem e-syariah dalam modul kewangan yang dijangka akan memberikan impak positif khusus kepada pentadbiran sistem kehakiman Syariah di Selangor.

Dengan adanya pilihan bayaran yang pelbagai termasuk pembayaran secara dalam talian, ia akan memudahkan pelanggan mahkamah yang datang berurusan selain meningkatkan imej mahkamah syariah.

Untuk rekod, projek ESV3 telah memasuki fasa ketiga iaitu Fasa Pembangunan Sistem dan dijangka akan mula Go Live secara pilot pada September 2022 nanti di mana negeri Selangor merupakan antara negeri yang terpilih untuk sesi Go Live tersebut.

Antara yang turut hadir di dalam mesyuarat kali ini adalah Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz, (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM), Tuan Mohd Razalan bin Kamal (Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM) dan Tuan Salehan bin Yatim (Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Last Updated on June 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024