MESYUARAT PENGURUSAN GALERI KEHAKIMAN JKSM BIL 1 TAHUN 2022 & MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR URUS REKOD BIL 1 TAHUN 2022

7 Mac 2022 | Seksyen Rekod, BPKR pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Galeri Kehakiman JKSM Bil. 1 Tahun 2022 dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod Bil. 1 Tahun 2022.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penambahbaikan Galeri Kehakiman JKSM, persediaan sambutan 25 tahun penubuhan JKSM pada Tahun 2023.

Selain itu, mesyuarat memfokuskan pemerkasaan pengurusan rekod Jabatan, penyelarasan penggunaan Jadual Pelupusan Rekod Jabatan yang terkini bagi negeri-negeri, penyelarasan tatacara pelupusan ayat Al-Quran di negeri-negeri Inspektorat Pengurusan Rekod DIY serta pendigitalan rekod penting jabatan.

Turut hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah bahagian, Ketua Unit di JKSM.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024