MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) BILANGAN 3 TAHUN 2022

26 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Bilangan 3 Bagi Tahun 2022.

Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Seksyen Inovasi, Aset dan Pentadbiran Am BKPSM ini dihadiri oleh Hakim-hakim Rayuan, Ketua Pendaftar, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman, Ketua Hakim Syarie Mahkamah yang mewakili Jabatan Kader, Pengarah Kanan dan semua Pengarah Bahagian JKSM dan wakil daripada JKSN Sabah.

Pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan adalah bagi membincangkan isu-isu pengoperasian Jabatan dan agensi-agensi syariah yang berkait, pelan strategik Jabatan, latihan dan isu-isu pengurusan yang berkaitan.

Mesyuarat bersurai pada pukul 11.30 pagi.

Last Updated on August 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor