MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN KES RAYUAN BERSAMA HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM & KETUA-KETUA PENDAFTAR JKSN/MSN BIL. 1/2021

1 April 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan & Penyelarasan Kes Rayuan Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM & Ketua-Ketua Pendaftar JKSN/MSN Bil. 1/ 2021 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Pahang.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendaftar JKSM, Ketua-Ketua Pendaftar JKSN/MSN dan Pegawai-pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan JKSM bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkenaan pengurusan kes-kes rayuan di negeri-negeri.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluan memaklumkan bahawa mesyuarat hari ini adalah susulan cadangan yang dikemukakan di dalam Mesyuarat Ketua Pendaftar agar satu platform disediakan untuk Ketua-Ketua pendaftar negeri-negeri bersemuka dan bersama-sama dengan Hakim Rayuan JKSM termasuklah Ketua Hakim Syarie JKSM bagi membincangkan isu-isu berkaitan kes-kes rayuan.

Justeru itu, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan mesyuarat ini akan menjadi wahana perbincangan dan pentas bagi Hakim-Hakim Rayuan, Ketua-ketua Pendaftar dan ahli-ahli mesyuarat bertukar-tukar pandangan, dan mencadangkan penambahbaikan terutama di dalam memastikan pengurusan dan pengendalian kes-kes rayuan di negeri-negeri berjalan lancar.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., mulai tahun ini JKSM akan menghantar resume Hakim-Hakim rayuan JKSM yang terkini beserta surat peringatan kepada pengurusan Mahkamah Syariah negeri-negeri berkenaan pentauliahan/tarikh penamatan tauliah Hakim-Hakim Rayuan JKSM di negeri-negeri selain melampirkan bersama kertas cadangan perlantikan Hakim Rayuan JKSM bagi kemudahan dan panduan di negeri-negeri.

Akhir sekali, YAA Dato’ Setia Dr. turut menekankan bahawa JKSM selaku badan penyelarasan perundangan syariah sentiasa mengalu-alukan semua negeri melantik Hakim-Hakim Rayuan JKSM sebagai panel Mahkamah Rayuan di negeri-negeri bagi memastikan hasrat untuk melihat penyeragaman tindakan di peringkat mahkamah paling tinggi di seluruh Malaysia dapat direalisasikan.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2023

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur