MESYUARAT PENYELARASAN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB BAGI PESALAH SYARIAH – KERJASAMA STRATEGIK JABATAN PENJARA MALAYSIA DAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

KHAMIS (9 Disember 2021) – YBrs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Perintah Kehadiran Wajib Bagi Pesalah Syariah yang telah diadakan di Jabatan Penjara Malaysia.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. KP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah BPKR JKSM, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rayuan BPKR JKSM dan pegawai-pegawai kanan Bahagian Parol Jabatan Penjara Malaysia.

Mesyuarat hari ini adalah bertujuan membincangkan program taklimat dan penerangan kepada Pegawai Perintah Kehadiran Wajib dan Hakim serta Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri (MSN) yang akan diadakan di seluruh Malaysia pada tahun 2022.

Taklimat tersebut diadakan bagi menjelaskan pelaksanaan Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 28 Oktober 2021 yang lalu di Kuantan, Pahang.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk taklimat akan diberikan terlebih kepada pegawai atasan PKW (Parol) di peringkat negeri bersama Ketua Pendaftar JKSN dan MSN sebelum taklimat dilaksanakan di negeri-negeri yang melibatkan semua pegawai PKW dan Hakim Syarie serta Pegawai Mahkamah Syariah mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan. Taklimat dan penerangan akan disampaikan oleh Pegawai PKW (Parol) Jabatan Penjara Malaysia dan JKSM.

Semoga dengan keputusan dan ketetapan yang dimuktamadkan ini dapat membantu perlaksanaan PKW bagi Pesalah Syariah di Mahkamah Syariah di seluruh negara dengan kadar segera berdasarkan Garis Panduan yang telah diedarkan di JKSN dan MSN.

Semoga dengan keputusan dan ketetapan yang dimuktamadkan ini dapat membantu perlaksanaan PKW bagi Pesalah Syariah di Mahkamah Syariah di seluruh negara dengan kadar segera berdasarkan Garis Panduan yang telah diedarkan di JKSN dan MSN.

Last Updated on Februari 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022