MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM DI TV AL-HIJRAH

16/12/2021 | Satu Mesyuarat Penyelarasan Program di TV Al-Hijrah telah diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang kerjasama yang bakal dijalankan di antara TV Al-Hijrah dengan JKSM melalui penerbitan program temubual yang menjurus kepada isu-isu dan informasi berkaitan perundangan syariah di Malaysia.

Penerbitan program tersebut adalah hasil cadangan daripada YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mahukan masyarakat di luar sana lebih jelas terhadap peranan mahkamah syariah di samping membetulkan stigma negatif mereka terhadap perundangan syariah khususnya berkaitan tempoh masa penyelesaian sesuatu kes yang mengambil masa yang lama.

Program yang bakal diterbitkan adalah bergenre talkshow yang berdurasi selama 30 minit dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV Al-Hijrah.

Sesi perbincangan hari ini turut membincangkan tentang konsep program, cadangan topik yang bakal diketengahkan serta pemilihan hos dan panel jemputan.

Antara pegawai TV Al-Hijrah yang turut hadir adalah Mohd Ashrudy Borhan (Ketua Unit Penerbitan), Rosmawani Mat Zin (Penerbit Kanan), Aziani Abdullah (Penolong Penerbit), Nur Nazira Rahim (Eksekutif Penyelidikan & Pematuhan Syariah), Syed Ali (Eksekutif Penyelidikan & Pematuhan Syariah) dan Noratikah Mohd Dol (Eksekutif Penjenamaan).

Manakala di pihak JKSM adalah Tuan Mohd Bukhari bin Jusoff (Penolong Pengarah Kanan BDP JKSM), Nik Khazarita binti Nik MD Khalib (Penolong Pengarah Kanan BDP JKSM), Haslinda binti Harun (Penolong Pengarah Kanan BL JKSM), Roziana binti Mat Amin (Pengarah Kanan BL JKSM) dan Puan Ira Kartini binti Chairullah (Penolong Pengarah BL JKSM).

Last Updated on February 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023
March 6, 2023(1 event) March 7, 2023 March 8, 2023 March 9, 2023 March 10, 2023 March 11, 2023 March 12, 2023
March 13, 2023 March 14, 2023 March 15, 2023 March 16, 2023(1 event) March 17, 2023 March 18, 2023 March 19, 2023
March 20, 2023 March 21, 2023 March 22, 2023(1 event) March 23, 2023 March 24, 2023 March 25, 2023 March 26, 2023
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023