MESYUARAT TEKNIKAL SISTEM i-GUAMAN JBG DAN SISTEM e-SYARIAH JKSM

14 Julai 2022 | Satu Mesyuarat Teknikal Integrasi Sistem iGuaman JBG dan Sistem e-Syariah JKSM telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang, Aras 6, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Murni binti Yaacob (Seksyen Pengurusan Maklumat, BHEUU) ini bermula jam 9.30 pagi bertujuan membincangkan dengan lebih mendalam berkaitan data-data yang diperlukan oleh kedua-dua pihak selain membincangkan jadual perancangan integrasi yang dijangka selesai pada Disember 2022.

Untuk rekod, integrasi data antara Sistem iGuaman dengan Sistem e-Syariah ini melibatkan rekod Pengurusan Kes, Anak Guam, Peguam Panel dan Pegawai Pengendali Kes.

Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah Tuan Razalan bin Kamal (Pengarah BTMK JKSM), Puan Aliza Abu (KPP BTMK JKSM), Puan Sofian Ahmad (KPP BPKR JKSM), Pasukan Sains Sarawak dan pegawai-pegawai dari BHEUU, BTMK dan BPKR JKSM.

Last Updated on July 15, 2022

Kalendar JKSM

March 28, 2024