MISI BANTUAN BANJIR SUKARELAWAN JKSM DI BENTONG, PAHANG

3 Januari 2022 | Skuad Bantuan Banjir Sukarelawan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini sekali lagi turun padang dalam misi membantu membersihkan kediaman penduduk di negeri Pahang yang terjejas akibat dilanda banjir tempoh hari.

Skuad seramai 14 orang ini diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan antara yang turut bersama adalah Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod (BPKR) JKSM.

Skuad JKSM yang tiba di Bentong tepat jam 10 pagi telah diberi tanggungjawab membersihkan Surau Taman Seroja, Bentong, Pahang yang ditenggelami air hingga paras bumbung.

Untuk rekod, misi bantuan kali ini dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan ianya turut melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Audit Negara Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024