MISI BANTUAN SKUAD MUSA’ADAH AGENSI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

28 DISEMBER 2022 | Kota Bharu – YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan kepada ahli Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kelantan yang terjejas berikutan banjir yang melanda baru-baru ini.

Terdahulu YB Senator Dato’ Setia menzahirkan penghargaan kepada YB Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah,

Penerangan dan Hubungan Seranta

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan atas kesudian turut hadir ke program Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Ini membuktikan hubungan erat yang sedia terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

YB Senator Dato’ Setia turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah negeri Kelantan yang sudi menerima kehadiran dan menjadi tuan rumah bagi majlis ini diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan pada hari ini.

Misi Bantuan Skuad Musaadah Agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah program yang berperanan membantu menyelaraskan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat melalui agensi-agensi di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam kesempatan tersebut YB Senator Dato’ Setia telah menzahirkan ucapan takziah dan simpati serta menyampaikan sumbangan kepada 19 orang yang terdiri daripada 13 orang warga kerja JKSKN, 4 orang warga JAPENS Kelantan dan 2 orang Pegawai Syariah di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kelantan yang terkesan dengan musibah banjir pada kali ini.

YB Senator Dato’ Setia berharap walaupun sumbangan yang disampaikan bukan dalam kadar jumlah yang besar, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan mangsa yang terjejas bagi memulakan kehidupan pasca banjir dan turut mendoakan agar Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala atas kesabaran serta semoga Allah menggantikan apa-apa kehilangan dengan rezeki yang lebih baik.

Untuk rekod misi bantuan pada hari ini adalah anjuran JKSM, PPSM, Kelab Kebajikan & Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (KKS JKSM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP) yang diketuai oleh YA Dato’ Mohd Amran Bin Mat Zain (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah merangkap Pengerusi KKS JKSM), turut hadir YBrs Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM bersempena Misi Bantuan Skuad Musa’adah Agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilancarkan pada 22 Disember 2022 yang lalu. Turut membantu dan memberikan kerjasama bagi melicinkan perjalanan program adalah Kelab Kebajikan dan Riadah (KESUMAS) JKSNKN.

Last Updated on December 29, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023(1 event) April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023(1 event) April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023(2 events) April 14, 2023(1 event) April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023(2 events) April 19, 2023(1 event) April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023