MMU (FACULTY OF LAW) INAUGURAL LECTURE 2022

25 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah dijemput sebagai tetamu kehormat di dalam Program “Faculty of Law, Inaugural Lecture 2022” anjuran Multimedia University (MMU).

Program yang bertempat di Cinema, Faculty of Creative Multimedia, Cyberjaya ini menampilkan Prof. Dr. Abdul Mohaimin Noordin Ayus sebagai penceramah yang juga merupakan Profesor di Fakulti Undang-undang MMU.

Program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini telah membicarakan tajuk “Social Revolution and Discourses in Law and Shariah : Theory or Reality”.

Dalam sesi perkongsian, Prof. Dr. Abdul Mohaimin, memberi penerangan menyeluruh bermula dari sejarah undang-undang common law dengan undang-undang syariah seterusnya menyelusuri perkembangan undang-undang ini terutama bagaimana prinsip undang-undang Islam meresapi sebahagian daripada prinsip undang-undang sivil yang terpakai pada hari ini.

Turut hadir di dalam program hari ini adalah Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abd Rashid (Vice President Reseach, Industrial Calloborations and Engagement, MMU) dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (Profesor Kuliyyah Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Last Updated on March 25, 2022

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024