MUZAKARAH HAKIM-HAKIM SYARIE BORNEO (SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) TAHUN 2022

2 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Muzakarah Hakim-Hakim Syarie Borneo (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Tahun 2002 anjuran JKSM bertempat di Bilik Perlis, Blok A, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah.

Muzakarah ini turut dihadiri oleh YAA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan para Pegawai Syariah dari Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara objektif Muzakarah ini adalah sebagai medium untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini sama ada maklumat dari JKSM mahupun dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, Muzakarah ini juga merupakan medan yang penting untuk membincangkan isu-isu semasa khususnya berkaitan hal ehwal pentadbiran, perundangan dan kehakiman di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain membincangkan isu-isu yang berbangkit dalam Muzakarah, sesi interaktif antara semua peserta Muzakarah dengan pihak JKSM turut diadakan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit.

Last Updated on Ogos 2, 2022

Kalendar JKSM

Oktober 5, 2022

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor