MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) TAHUN 2020

9 November 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah berkesempatan menyampaikan amanat sempena Muzakarah Pegawai dan Kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) tahun 2020 yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex.

YAA Dato’ Dr. memulakan amanat dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan urusetia BSK Ibu Pejabat yang diketuai oleh Dr. Jazilah Mohd Saad (KPP Bahagian Sokongan Keluarga JKSM) atas penganjuran muzakarah ini dan juga ucapan penghargaan kepada Tuan Izham bin Ibrahim, Penguasa SPRM Cawangan Langkawi yang telah berkongsi ilmu berkaitan “Integriti dan Rasuah”.

YAA Dato’ Dr. seterusnya menggesa agar para peserta mengambil kesempatan sempena penganjuran muzakarah BSK ini bagi berkongsi ilmu dan pengalaman di dalam proses kerja di negeri masing-masing selain membina ukhwah yang kukuh dikalangan pegawai di seluruh negara.

Pegawai BSK turut diseru agar mengamalkan sikap empati dalam menguatkuasakan perintah nafkah dan sentiasa memperbaiki kemahiran dalam komunikasi berkesan agar setiap pelanggan yang hadir mendapat khidmat yang terbaik daripada BSK.

Selain itu, seluruh pegawai BSK diingatkan agar sentiasa amanah dalam melaksanakan kerja dan memastikan segala gerak kerja perlulah selari dengan undang-undang yang berkuatkuasa kerana kegagalan mematuhinya akan memberi kesan kepada pegawai-pegawai BSK sebagai penjawat awam.

Di akhir amanat, YAA Dato’ Dr. mengharapkan agar pegawai- pegawai BSK sentiasa menggunakan kreativiti dan kemudahan teknologi yang ada pada masa kini khususnya semasa pandemik COVID-19 melanda negara untuk memastikan klien BSK terus mendapat khidmat yang terbaik.

Muzakarah selama sehari ini melibatkan seramai 63 orang pegawai BSK seluruh negara dan turut disertai Tuan Hj. Abdul Nassir bin Hj. Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Puan Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM) dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah BPKR JKSM).

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024