MUZAKARAH PEGAWAI PENYELIDIK MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-9

7 Oktober 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah merasmikan Muzakarah Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-10 yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi webex.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) JKSM ini disertai oleh 70 orang Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia dengan memfokuskan kepada teknik dan kemahiran dalam membuat rujukan.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapannya menekankan agar setiap peserta muzakarah kali ini mengambil peluang sebaiknya bagi menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dr. A. Irwan Santeri Doll Kawaid (Universiti Sains Islam Malaysia) dan YA Tuan Zulfikri Yasoa (Hakim MTS Selangor).

Semua pegawai penyelidik hendaklah menanamkan sikap untuk sentiasa cintakan ilmu pengetahuan, sentiasa mencari maklumat baru dan terkini dalam usaha membantu hakim syarie menghasilkan alasan penghakiman yang berkualiti tinggi.

Selain itu, peranan pegawai penyelidik di mahkamah syariah amat penting kerana mereka merupakan penggerak bagi menghasilkan satu ijtihad dalam merungkai permasalahan baru yang timbul dalam sesuatu kes yang dibicarakan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan platform ini dijadikan medan untuk berbincang dan bertukar fikiran seteruskan dapat mempertingkatkan kemampuan para penyelidik demi memperkasa bidang penyelidikan kehakiman syariah di Malaysia.

Untuk rekod, muzakarah pegawai penyelidik ini adalah program tahunan yang telah dimulakan sejak tahun 2011.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in October 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 25, 2023 September 26, 2023 September 27, 2023(2 events) September 28, 2023 September 29, 2023 September 30, 2023 October 1, 2023
October 2, 2023 October 3, 2023 October 4, 2023 October 5, 2023 October 6, 2023 October 7, 2023 October 8, 2023
October 9, 2023 October 10, 2023 October 11, 2023 October 12, 2023 October 13, 2023 October 14, 2023 October 15, 2023
October 16, 2023 October 17, 2023 October 18, 2023 October 19, 2023 October 20, 2023 October 21, 2023 October 22, 2023
October 23, 2023 October 24, 2023 October 25, 2023 October 26, 2023 October 27, 2023 October 28, 2023 October 29, 2023
October 30, 2023 October 31, 2023 November 1, 2023 November 2, 2023 November 3, 2023 November 4, 2023 November 5, 2023