Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Bagi tujuan ini, JKSM telah mengambil tindakan dalam melaksanakan data terbuka ini.
Pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam hendaklah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam iaitu PEKELILING AM BIL 1/2015 PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM.
MonMonday | TueTuesday | WedWednesday | ThuThursday | FriFriday | SatSaturday | SunSunday |
---|---|---|---|---|---|---|
Jun 17, '24June 17, 2024 | Jun 18, '24June 18, 2024 | Jun 19, '24June 19, 2024 | Jun 20, '24June 20, 2024 | Jun 21, '24June 21, 2024 | Jun 22, '24June 22, 2024 | Jun 23, '24June 23, 2024 |