PELANCARAN PELAN STRATEGIK MAIWP 2021-2025 DAN MANFAAT KEWANGAN ASNAF

Khamis, 23 Jun 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ YAA Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 Dan Manfaat Kewangan Asnaf bertempat di Dewan 6 B & C, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 adalah penting untuk menyediakan pelan hala tuju pengurusan untuk menyelaraskan aktiviti dan fungsi organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Justeru, beberapa fokus penting telah digarap bagi Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 yang menjadi anjakan hala tuju kepada pelan strategik edisi 2017-2021.

Bertemakan “Empowering dan Enterprising”; pelan strategik ini menekankan kepada pembangunan potensi asnaf ke arah peningkatan taraf hidup dan membasmi kemiskinan. Ia juga dapat memperkasakan Institusi Pendidikan MAIWP secara menyeluruh melalui Blueprint pendidikan dan sebagai feeder kepada institusi pendidikan di seluruh negara.

Last Updated on June 23, 2022

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024