PELEPASAN SKUAD MUSAADAH KELUARGA MALAYSIA KE TEMERLOH, PAHANG

28 Disember 2021 | YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pagi ini telah menyempurnakan majlis pelepasan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia sekaligus mengetuai skuad tersebut di dalam misi bantuan banjir ke Temerloh, Pahang.

Misi bantuan kali ini disertai lebih 500 sukarelawan dan sukarelawati Skuad Musaádah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada kakitangan Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks Islam dengan disertai lebih 50 buah kenderaan yang membawa pelbagai jenis bantuan berupa al-Quran, kit ibadah, makanan, peralatan, selimut, toto dan lain-lain hasil sumbangan agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Konvoi yang bergerak pada jam 8.30 pagi ini akan meneruskan misi bantuan di sekitar PPS Desa Bakti, Sekolah Rendah Agama Taqwa, masjid dan surau serta rumah-rumah mangsa yang terkesan dengan banjir.

Turut hadir di dalam majlis pelepasan tersebut adalah YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan Ketua-Ketua Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jun 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024