PEMBUKAAN RAPAT KOORDINASI PERADILAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA 2022

13 Mac 2022: Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar malam ini telah dijemput sebagai tetamu khas sempena Pembukaan Rapat Koordinasi Peradilan Agama Republik Indonesia Tahun 2022.

Rapat Koordinasi ini dijalankan secara atas talian menggunakan Aplikasi Zoom Meetings melibatkan 29 Pengadilan Tinggi Agama dan 412 Pengadilan Agama dari seluruh Republik Indonesia.

Terlebih dahulu, program yang bermula pukul 8.30 malam ini dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan Laporan Kegiatan yang disampaikan oleh Dr. Drs. H. Aco Nur S.H., M.H. yang merupakan Direktur Jenderal Badan Pengadilan Agama, Mahkamah Agung Republik Indonesia.

Seterusnya majlis diteruskan dengan pelancaran aplikasi yang dibangunkan di mahkamah Indonesia yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Ketua Mahkamah Agung Republik Indonesia, Prof. Dr. H.M. Syarifuddin, S.H., M.H.

Dua sistem dilancarkan pada malam ini iaitu Sistem Informasi Tenaga Teknis Peradilan Agama (SIMTEPA) serta Aplikasi Access CCTV Online (ACO) dan majlis seterusnya diserikan dengan penyampaian anugerah kepada Badan Pengadilan Agama yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021.

Antara yang turut serta dalam program hari ini adalah Wakil Ketua Mahkamah Agung RI Bidang Yudisial, Wakil Ketua Mahkamah Agung RI Bidang Non Yudisial, Ketua Kamar Agama Mahkamah Agung RI, Ketua Kamar Agama Pidana RI, Ketua Kamar Agama Pembinaan RI dan Leisha Lister (Family Court of Australia).

Untuk rekod, ini adalah kali kedua YAA Dato’ Setia Dr. dijemput menghadiri Pembukaan Rapat ini dan jemputan kali pertama adalah pada tahun lepas di mana YAA Dato’ Setia Dr. diberi penghormatan membentangkan kertas kerja bertajuk “Penerapan Hukum Nafkah Anak Pasca Perceraian di Malaysia”.

Last Updated on March 13, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024