Pencetus martabat Mahkamah Syariah

FOTO Hiasan

PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) percaya Rang Undang-Undang (RUU) Guaman Syarie 2019 akan menjadi pencetus kepada usaha memartabatkan Mahkamah Syariah di negara ini.

Presidennya Musa Awang berkata, pihaknya berharap RUU itu tidak mendapat tentangan daripada mana-mana Ahli Parlimen seterusnya diluluskan.

“PGSM berharap RUU Guaman Syarie itu tidak mendapat halangan, bangkangan atau tentangan daripada mana-mana Ahli Parlimen sama ada blok kerajaan atau pembangkang.

“Ini kerana RUU itu tidak akan menjejaskan mana-mana pihak, tetapi akan menjadi pencetus kepada usaha memartabatkan Mahkamah Syariah di negara ini kerana peguam syarie adalah sebahagian daripada institusi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Dewan Rakyat hari ini, membentangkan RUU Guaman Syarie 2019 bagi bacaan kali pertama.

RUU itu akan menjadi undang-undang yang akan mentadbir dan menyelia profesion guaman syarie khususnya di Wilayah Persekutuan sekali gus menaikkan lagi profesion guaman syarie.

Musa berkata, RUU itu bukan saja dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini malah dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakseragaman dan ketidakselarasan amalan undang-undang di antara negeri.

Malah katanya, ia dapat mengelakkan kemudaratan kepada masyarakat yang timbul akibat daripada ketidakselarasan itu.

“Sebelum ini, peguam syarie hanya dikawal selia melalui Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri yang mempunyai peruntukan berhubung kelayakan, penerimaan masuk, tindakan disiplin dan tatatertib yang berbeza-beza antara satu negeri dengan negeri lain.

“Perbincangan untuk menggubal undang-undang itu mengambil masa lama iaitu sejak 1984 dan bertukar-tukar daripada seorang menteri ke seorang menteri dan daripada seorang Perdana Menteri ke Perdana Menteri lain. Akhirnya, ia berjaya direalisasikan,” katanya.

Menurutnya, cadangan RUU itu melihat pelbagai segi dan mengambil pandangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) malah mengambil maklum bidang kuasa negeri.

Justeru katanya, RUU itu tidak sesekali melangkaui bidang kuasa negeri dan Persekutuan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun RUU ini hanya berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan, ia bakal menjadi model undang-undang untuk dijadikan panduan dan contoh penyeragaman undang-undang profesion guaman syarie ke negeri lain seterusnya untuk menggubal Enakmen Peguam Syarie negeri melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Last Updated on December 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022