PENGHARGAAN DAN PELAKSANAAN WEBINAR UNDANG-UNDANG (PENULISAN PENGHAKIMAN BERKESAN) SIRI 1 2021

18 Mac 2021: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAA Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat diatas Kerjasama Strategik bersama JKSM untuk terus memperkasakan kemahiran dan kepakaran warga Kehakiman dan Perundangan Syariah melalui Bahagian Latihan JKSM dan Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Warga Kehakiman dan Perundangan Syariah mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Panel Penceramah yang diketuai tokoh perundangan dan kehakiman negara YA Datuk Seri Mohd Zawawi bin Salleh, YA Dato Abdul Rahman bin Sebli dan YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat (Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan) ,YA Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera dan YA Dato Lee Swee Seng (Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan) yang begitu komited berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam Program Webinar Undang-Undang ( Penulisan Penghakiman Berkesan ) Siri Pertama 2021 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 17 Mac 2021 hingga 18 Mac 2021.

Program yang melibatkan peserta-peserta khas yang terdiri daripada YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia/ Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah JKSM/ Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah di Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Peguam Syarie Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara menerusi aplikasi Cisco Webex secara atas talian ini turut dihadiri oleh YA Hakim-Hakim Rayuan JKSM, YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri, Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM dan Pegawai-Pegawai Kanan JKSM.

Program seumpama ini sangat bermanfaat kepada para peserta untuk terus berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan memastikan kualiti yang terbaik dalam setiap penulisan penghakiman yang dibuat. Semoga Kerjasama ini akan terus diperkasakan dengan pelaksanaan program-program lanjutan pada masa akan datang untuk kita terus berusaha memperkasakan Kehakiman dan Perundangan Syariah yang kita cintai ini.

Last Updated on Disember 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022