PENYAMPAIAN AMANAT DAN PERBINCANGAN SEMPENA KUNJUNG HORMAT KE ATAS YAA KETUA HAKIM NEGARA

8 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini berkesempatan menyampaikan amanat khas kepada delegasi Hakim-hakim Syarie Wanita yang terlibat dalam sesi kunjung hormat ke atas YAA Ketua Hakim Negara pada 10 Mac 2022.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan merakamkan ucapan Selamat Hari Wanita kepada semua peserta yang hadir pada hari ini dan beliau memaklumkan bahawa kunjungan ke atas YAA Tun Tengku Maimum kelak turut diadakan bersempena dengan ‘International Day of Women Judges’.

Majlis amanat yang diadakan secara dalam talian ini bertujuan membincangkan tentang pengisian kunjung hormat yang akan diketuai oleh Puan Neney Suhaidah bin Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. menjelaskan bahawa pertemuan yang bakal diadakan adalah hasrat YAA Tun yang mahu bertemu sendiri dengan hakim-hakim syarie wanita di Malaysia selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

YAA Dato’ Setia Dr. seterusnya berpesan agar semua peserta yang hadir kelak dapat mengambil kesempatan untuk berdiskusi dengan cara yang penuh hikmah dan mengambil ilmu dan pengalaman khusus daripada wanita yang telah berada di kemuncak kepimpinan institusi kehakiman.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berpesan agar sentiasa menjaga tingkah laku serta mematuhi SOP yang ditetapkan dan beliau mengharapkan agar pertemuan kelak akan berjalan lancar dan memberikan sesuatu yang sangat bermanfaat kepada institusi yang kita cintai.

Untuk rekod, pertemuan yang dijadualkan pada 10 Mac ini turut bakal dihadiri oleh hakim-hakim wanita daripada mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi sivil.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022